Saturday, March 3, 2012

Wow!



Lega.

Tu yang boleh aku cakapkan. Lega sangat. MUET dah habis! Wow! Happy gila!

Aku saja ambik MUET awal-awal. Sebabnya sem ni ada 2 je final paper. So ambik la awal-awal. Yelah, kot la tak sempat nak ambik next sem ke. Kan busy. Lebih-lebih lagi next sem tu ialah final sem aku untuk diploma ni. InsyaAllah..

Hari ni aku sensorang kat bilik. Roommates baik rumah. Biarlah. Aku ada banyak kerja yang perlu diselesaikan. Lagipun aku tidur dekat bilik jiran. So ada la peneman. Dia pun sensorang jugak. Sunyi gila kot kampus time study week. Nasib baik makcik DM ada menjual. Next week budak degree masuk so meriah la balik kampus ni.

Esok genap 4 bulan aku pergi ke Beijing. Rindu nak pergi ke sana sebab kat situ lepas segala tension aku. Dahsyat kan lari dari masalah sampai ke Beijing? Hahaha. Aku buang segala problems kat Great Wall tu. Biar kosong sagalanya dalam otak aku ni. Bermuhasabah diri la time aku kat sana. Lega gila. Biar problems besar aku tertanam kat sana.







Friday, March 2, 2012

Coretan Hati

Hari ni hari terakhir kelas untuk sem ni. Cepatnya masa berlalu. Terlalu cepat. Rasanya macam baru semalam aku daftar masuk sini. Part 1 yang terlalu naif, part 2 yang gembira, part 3 yang penuh dengan pancaroba dan part 4 yang sederhana. Setiap part yang berbeza rasa dan perasaan.


Alangkah indahnya hidup ni. Walau kadang-kadang hati disakiti oleh mereka-mereka itu, tapi mereka jugalah yang mencoretkan perjalanan hidupku ini. Hati yang satu dulu terlalu bergantung harap pada mereka akhirnya rapuh jua. Masa juga yang mengubatinya. Dan saat ini, ku kira hati ini sudah cukup kuat untuk menerima apa sahaja yang diperkata oleh sesiapa.


Siapa mereka untuk menilai kita? Mereka juga manusia yang bisa buat kesilapan. Yang bisa menghukum orang lain. Tetapi, kita semua sama di sisiNya. Tiada yang berbeza. Andai kata masih mahu menilai dan menghukum, teruskan sahaja. Aku terima. Memaafkan bukan bermakna melupakan. Biar takdir menentukan di mana penghujung cerita kita yang sudah terpisah dek kerana salah menjatuhkan hukuman.


Menipu andainya ku katakan tiada rasa rindu buat mereka. Ada. Sebesar kasih sayang kepada adik-beradik. Jika ada rezeki dariNya, InsyaAllah, ada ruang untuk kita bersama seperti masa-masa remaja yang dipenuhi warna...