Saturday, March 3, 2012

Wow!



Lega.

Tu yang boleh aku cakapkan. Lega sangat. MUET dah habis! Wow! Happy gila!

Aku saja ambik MUET awal-awal. Sebabnya sem ni ada 2 je final paper. So ambik la awal-awal. Yelah, kot la tak sempat nak ambik next sem ke. Kan busy. Lebih-lebih lagi next sem tu ialah final sem aku untuk diploma ni. InsyaAllah..

Hari ni aku sensorang kat bilik. Roommates baik rumah. Biarlah. Aku ada banyak kerja yang perlu diselesaikan. Lagipun aku tidur dekat bilik jiran. So ada la peneman. Dia pun sensorang jugak. Sunyi gila kot kampus time study week. Nasib baik makcik DM ada menjual. Next week budak degree masuk so meriah la balik kampus ni.

Esok genap 4 bulan aku pergi ke Beijing. Rindu nak pergi ke sana sebab kat situ lepas segala tension aku. Dahsyat kan lari dari masalah sampai ke Beijing? Hahaha. Aku buang segala problems kat Great Wall tu. Biar kosong sagalanya dalam otak aku ni. Bermuhasabah diri la time aku kat sana. Lega gila. Biar problems besar aku tertanam kat sana.







Friday, March 2, 2012

Coretan Hati

Hari ni hari terakhir kelas untuk sem ni. Cepatnya masa berlalu. Terlalu cepat. Rasanya macam baru semalam aku daftar masuk sini. Part 1 yang terlalu naif, part 2 yang gembira, part 3 yang penuh dengan pancaroba dan part 4 yang sederhana. Setiap part yang berbeza rasa dan perasaan.


Alangkah indahnya hidup ni. Walau kadang-kadang hati disakiti oleh mereka-mereka itu, tapi mereka jugalah yang mencoretkan perjalanan hidupku ini. Hati yang satu dulu terlalu bergantung harap pada mereka akhirnya rapuh jua. Masa juga yang mengubatinya. Dan saat ini, ku kira hati ini sudah cukup kuat untuk menerima apa sahaja yang diperkata oleh sesiapa.


Siapa mereka untuk menilai kita? Mereka juga manusia yang bisa buat kesilapan. Yang bisa menghukum orang lain. Tetapi, kita semua sama di sisiNya. Tiada yang berbeza. Andai kata masih mahu menilai dan menghukum, teruskan sahaja. Aku terima. Memaafkan bukan bermakna melupakan. Biar takdir menentukan di mana penghujung cerita kita yang sudah terpisah dek kerana salah menjatuhkan hukuman.


Menipu andainya ku katakan tiada rasa rindu buat mereka. Ada. Sebesar kasih sayang kepada adik-beradik. Jika ada rezeki dariNya, InsyaAllah, ada ruang untuk kita bersama seperti masa-masa remaja yang dipenuhi warna...

Friday, November 11, 2011

Thursday, November 3, 2011

thanks ALLAH


ALHAMDULILLAH

Thursday, October 13, 2011

them


Sometimes being a friend means mastering the art of timing.

There is a time for silence.




A time to let go and allow people to hurl themselves into their own destiny.




And a time to prepare to pick up the pieces when it's all over.



- Gloria Naylor-

Saturday, August 13, 2011

Updated Post







Wohoooo ! Dah lama gila aku tak update blog ni. Malas gila kott haha. Aku rasa guna Tumbler lagi senang. Takyah nak tulis panjang-panjang. Just put the photos there and let the photos tell everything. Ecececece haha.

Sekarang ni aku pun dah Part 3. InsyaAllah

next year habis la. Tu pun

kalau tak kena repeat apa-apa. Minta dijauhkan, AMIN. Ok la, n
i aku nk tunjuk pics time Part 2, Tahun Pertama. Sekarang ni dah up sikit, TAHUN KEDUA hahaha.

Monday, November 29, 2010

oh, PAKCIK !

Ok, pagi tadi aku pegi beli nasi lemak dekat satu stall kecik yang dekat dengan rumah aku ni. Actually, aku malas gila nak pegi beli nasi lemak dekat pakcik tu tapi terpaksa. TERPAKSA ! Bukan apa, pakcik dengan makcik tu becok sikit. Rimas la !

Masa dah sampai tu, aku cakap la nak nasi lemak 3 bungkus. Pakcik tu pun senyum. Aku ok je. Dalam hati tengak fikir, mesti dia nak tanya sekarang ni aku study dekat mana. Agak penyebok la jugak. Suddenly, dia tanya jugak soalan tu.

Ni la soalan yang dia tanya :

Pakcik : Kak long. Lama tak nampak. ( memang dia suka sangat panggil orang lain kak long ) sekarang ni belajar dekat mana ?

Aku : Dekat UiTM Perak. Senyum.

Pakcik : Ambik course ape ? ( dah start dah perangai nyebok dia tu )

Aku : Pengurusan Pejabat.

Pakcik : Masa form 5 dulu ambik perdagangan ke ?

Aku : Tak la. Ambik akaun.

Pakcik : Habis tu, kenapa tak ambik accounting ?

Aku : Saya tak suka mengira. ( Jujur ni )

Pakcik : Ambik diploma kan ? Ermmmm...Rugi tak ambik akaun. Nanti senang nak dapat kerja. Jadi akauntan ke, juruaudit ke.

Aku : Saya tak boleh. Dah tu je yang saya mampu. Along je yang ambik akaun.

Pakcik : Rugi, rugi. Kalau tak boleh pengurusan pejabat, tukar la ke akaun.

Aku : Senyum je ( tak ikhlas pun )

Then, ada orang datang nak beli nasi lemak. Alhamdulillah. Rimas aku !

Khas untuk pakcik tu :

Pakcik, suka hati saya la nak ambik course apa pun. Setiap course ada keistimewaannya. Lagipun, takkan la saya nak ambik accounting sedangkan saya ni sengal ubi bab calculation ni. Kalau pakcik pandai sangat, kenapa pakcik tak pegi sambung belajar ? Ambik la akaun ! Then, majukan bisnes nasi lemak pakcik ni. Saya ambik office management ni pun sebab saya tahu kemampuan saya setakat mana. Kiranya, saya ni ukur baju dekat badan sendiri. Takkan nak ukur baju dekat badan pakcik kot and then pegi ambik akaun ! Ada ke patut nak suruh saya tukar course ? Banyak songeh pakcik ! Pakcik nak bayar ke study fees saya ni ? Lastly,

I DON'T NEED YOUR OPINION OR CRITICSM !
I DON'T NEED IT AT ALL !