Tuesday, July 31, 2012

Angry but not Angry Bird

Assalamualaikum.


Hari ni hari yang cukup menguji kesabaran aku. Memang aku panas je. Haishhhhh ~


Pagi ni sepatutnya ada test Law. Kelam-kabut bangun pukul 4:30 a.m. semata-mata nak study. Bersahur minum air mineral je. Kejap study, kejap tidur. Bukan masuk pun.


Si Halimah pulak lambat gerak pergi kelas. Dia sakit perut. So pukul 7:50 a.m. la kitorang baru gerak. Tak cite pulak betapa jauhnya fakulti kitorang. Memang jauh gila ah! Kelam-kabut la jalan lelaju. Sampai tak cukup nafas dibuatnya. Bila sampai kelas, Miss Mazuin dah masuk. Kitorang were the last person sampai class. Everybody was there. Memang cukup lewat. Pukul 8:10 a.m. kan. Then Miss Mazuin suruh we olsss isi entrance survey. After that dia buat revision sikit-sikit pasal chapter yang masuk dalam test nanti. Tetiba dia cakap test next week! Dia sengaja cakap dia nak buat test hari ni sebab kelas Law hari Rabu memang tak cukup quorum. Kelas sejam pulak tu. Memang tak la kan ~ Sabar jelah....

Lepas habis kelas Law tu, Syikin ada cakap kat aku yang aku tak email kat dia pasal kerja ETR tu. Pftttttt memang salah aku. Aku lupa! Kelam-kabut baca Law. Macam harammmmm ~ Sorry Syikin! 


Pukul 10:00 a.m. tu ada kelas AOM. Tapi kelas tu sejam je. Biasalah, Madam Has ada kerja. 


Pukul 11:00 pagi tu aku, Halimah dengan Fatimah discuss pasal assignment AOM. Finally diorang setuju nak buat dekat HQ Affin Bank. Kelam-kabut jugaklah aku discuss dengan mak. 


Masa pukul 12:00 tu ada kelas ETR. After that Zarith bagitahu aku yang F*****h tak siapkan kerja ETR! Alasan dia tak print lagi. Entahkan dia buat atau tak. Taktau la kannnnnnn! Dah banyak kali kot dia tu. Sakit hati aku. Si group S****a pulak panggil Miss Zima lama-lama. Dia ingat group dia sorang je kot yang nak buat ETR tu? Dia menyebabkan group aku balik pukul 1:20 p.m. dari kelas. Ha, Zarith pulak tertinggal bas. Kesian dia.




So, kesimpulannya hari ni aku bad mood! 



\

National Service Malaysia

Assalamualaikum and hello ^___^


Sekarang ni aku dah bertekad akan selalu update blog ni ye. At least once a week. Can I? InsyaAllah.


One week before this I got a news from my lil sis. I do not know whether I should happy or not. 


She were selected to go to PLKN!


OMG !


Actually, aku terlalu sedih dengan berita ni. Dia terpaksa pergi jauh dari aku. Before ni dia tak pernah stay di hostel. Paling tidak pun, pergi camping dekat sekolah. SEKOLAH SAHAJA! Aduh, risau gila ni. Boleh ke dia survive dekat sana?


Mula-mula dia macam tak percaya and taknak pergi. After that she bermuhasabah diri. She said she accept it as a challange. She want to enjoy this programme. If dia pergi dalam keterpaksaan, dia takkan enjoy and akan anggap program tu satu bebanan. And she is happy! 


She said she want to wear all pinks because PLKN yang pilih dia so she want them to follow her wants. So childish right? Haha. Dia selalu anggap dia is Sharpay Evans in High School Musical. All pinky! 


Sharpay Evans




So I am okay. Just go if you want. Actually malam tu aku menangis before tidur. I cannot accept that she will go far away from me. Because she is still a baby even dia dah Form 5. Still hisap ibu jari lagi tau.


And u know I sanggup plan nak mintak kerja dekat kem PLKN dia nanti. Makcik kantin pun jadilah as long as I can see her everyday. I sayang dia so much!


Can I live without her? Mesti mati kutu aku kat rumah nanti. Haih ~


And this is my baby, 


Aina Izzati

Wednesday, July 25, 2012

Keseorangan

Assalamualaikum uolsssss.

Dah lama gila aku tak update apa-apa.  Sangat busy dalam meneruskan kehidupan harian yang sangat penuh dengan cabaran ni ye.

Malam ni tetiba je pintu hati aku terbuka untuk bukak blog ni.  Ikutkan hati aku malas.  Banyak kerja dong!  Dah macam sinetron gitchewwww!  

Aku rasa sunyi sangat malam ni.  Hati ni rasa sayu sangat.  Entah kenapa.  Tapi takpe, Allah kan ada.  So rileks jelah.  

Eh, rupa blog dah baru eh?  Terkezut mak noks! Yelah, dah 4 bulan tak bukak blog ni haaaa.

Hari ni aku dapat rasa yang kawan aku marah kat aku sebab aku tak jawab apa yang dia tanya.  Tapi kelas aku packed so aku tak sempat nak jawab.  Dia  macam marah je.  Macam taknak cakap dengan aku je.  Entahlah, pening kepala aku. 

Takpelah, aku memang selalu keseorangan gini.  Dah masak dah!  Dulu pun lepak uptown dengan cousin lelaki aku je.  Aku pergi sana pun sensorang.  Balik KL pun sensorang.  Semua sensorang.  It's okay.  

Kita kena fikir gini, kita ni umpama benih.  Kita still boleh hidup walaupun orang campak kita ke mana je.

Kadang-kadang tu ada jugak rasa nak nangis tapi kena juga kuatkan semangat.  Kita lahir berseorangan, mati pun berseorangan jugak.  So rasanya takda masalah kalau kita sensorang.  

Wahai Cik Wanie, kuatkan semangat anda ya!  Jangan bazirkan air mata anda untuk perkara yang sia-sia.  Yang penting ingat Allah.